05 April 2016

Tanjung Leman, Mersing

Assalamu'alaikum... 

Hai!

1st April adalah tarikh perkenalan Ai dan En Suami.

Kebetulan ke esokkan harinya adalah hari persandingan sebelah lelaki staff en suami. Cun! jom bercuti. =D
 

Majlis persandingan di Tenggaroh 6. Lorong masuk selepas Lorong Tanjung Leman. 

Nak ke sana hanya ada 2 jalan. sama ada laluan jalan ke Mersing atau Laluan persisiran Pantai. 

Pantai Tanjung Leman masih lagi kekal cantik berbanding Tanjung Balau dan Pantai Desaru. Masih tiada anjing mahu pun kumpulan-kumpulan syok sendiri. 

Sampah? itu la masalahnya. Sikap...urmmmm....   

Pemandangan mengadap ke Pulau Sibu



Ombak masih lagi lembut dan boleh buat kawan-kawan kan. Petang tu Ai malu-malu nak berendam. Sebab ada swimming pool kan.  Lagi pun petang, tak elok mandi laut.

Pemandangan matahari terbenam (KFC Tanjung Leman)


Kami bermalam di Felda Residences Tanjung Leman, Dinner makan KFC. Makan apa pun tepi laut dengan atas langit memang sedap. =D


Room rate RM 215 + breakfast.

Bilik budget, so tak boleh nak demand macam harga bilik 5 star. breakfast biasa-biasa sahaja. sangat biasa. boleh la kenyangkan perut sebelum pegi berendam kat pantai and swimming pool.

Felda Residences Tanjung Leman

Harga tertaluk pada kadar semasa. Gambar diambil pada April 2016


Rate Ai bagi ialah *** 3 star. 

Ai check in 30 minit awal,  masa yang sepatutnya iaitu pukul 3.00 petang. Kawasan memang berpasir dan rumput-rumput kering berkumpul. Tapi dah ada bilik standby, kira okey la kan. 

Receptionist mulut ringan untuk tanya kalau kita ada apa-apa yang perlu dibantu.
 Alhamdu Lillah... Ai rasa selesa.

Setiap kali melihat keindahan alam pasti kagum dengan kebesaranNya,
Aku melihat air menghempas pantai
Aku merasai angin bertiup lembut
Adakah aku dapat melihat dan merasainya lagi
Indahnya ciptaan Mu
Tenangnya melihat Keagungan Mu