06 September 2017

Rumah Mampu Milik

Alhamdu Lillah... 

=) memang dah lama nak post cerita pasal RMMJ Ai ni. tapi sibuk kan... so, taip sikit-sikit, sampai cukup apa yang nak dikongsikan baru publish. 

1) Ai adalah batch pertama yang apply RMMJ guna kertas bagai. konsep Kak Ai, tak cuba tak tau. Masa isi borang tu berlari jugak la.

2) Ai submit borang 2013. Ambil nombor kat kaunter SUK, dan pegawai ambil dokumen...
3) Selama dari tahun 2013, memang tak pernah kejar or marah-marah pegawai SUK sebab tau kawasan yang Ai pilih baru dalam perancangan, Jelutong tuuu...sebelah Mutiara Rini. dan Ai rasa pembangunan awal-awal adalah untuk mereka yang lebih memerlukan. Dahulukan mereka yang lebih memerlukan. 

4) Seterusnya Ai dan suami cuba nak beli rumah, waktu tu opening dekat Senai oleh Syarikat yang agak popular tu. =) dah bayar booking RM500.00 tapi atas sebab-sebab takde ilmu. Burn... nak beli barang besar memang kena melabur. Keep positive... =D

5) Positif tersebut diteruskan dengan nak beli rumah Subsale. *Ini Kak Ai akan bukak satu post sebab agen ni memang penipu* =) Harga rumah memang agak mahal RM 225,000. dengan Akaun 2 kami pun hanya boleh 10%. bank cuma boleh release loan 80%. tu belum lawyer fee semua. =) Ok... kami cancel. 

6) Dua kejadian tersebut Kak Ai terus berinisiatif untuk cari ilmu. tanpa ilmu, memang bodoh-bodoh kena tipu. sampai bila kan?. Terima kasih untuk buku Takde Duit Boleh Beli Rumah. Sebahagian terima kasih untuk pengalaman refinance rumah sebab beri peluang Ai tahu selok belok beli rumah. 

Tu baru pengenalan ... nak tak nak korang kena baca, baru korang faham kenapa pengenalan topik ni panjang berjela. Info macam ni, korang tekan-tekan kat google memang takde. maka, nak tak nak korang kena baca tulisan kak Ai ni. hahahaha! *gelak jahat* 

Tak silap, bermula tahun 2016 e.rumah johor bermula, so semua benda hujung jari la kan... lebih best kak Ai memang rajin sebab tak tahan dah nak hidup dekat Tempat sekarang ni. Hampir setiap hari tengok ada pembangunan baru kat dalam e.rumah johor. 

Tengok-tengok ada buka 200++ unit rumah di Eco Inara. Kak Ai slow talk dengan en suami untuk tambah nama dengan update gaji kat application. Makanya, pada Ahad July 2016 kami ke SUK yang terletak di Galleria Kotaraya. Masuk-masuk situ memang kami je la. Kami di layan oleh Pak Cik yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari tersebut. Kak Ai ingat lagi ayat dia "Ni dah boleh buat surat rayuan ni". Berbekalkan nasihat, Kak Ai dan suami buat surat rayuan, dan ahad berikutnya kami ke SUK Kota Iskandar. 

Dah nama pun surat Rayuan, mesti ada sebab rayuan. Story dekat atas tu yang kami tulis dekat dalam surat rayuan kami. Everything happen for a reason, bayangkan nak tulis apa dalam surat rayuan kalau takde story. =) 

Alhamdu Lillah,  12 April 2017 Kak Ai check erumah Android Apps. Selama ni, Permohonan Baru. Tapi pada hari tersebut, tengah tunggu baju dari dryer Kak Ai nampak Bayaran Sijil.

Alhamdu Lillah... disebabkan dah pukul 2.00petang, nak ke kota iskandar pun ambil masa 1 jam lebih. Maka kami berbincang untuk pergi pada ke esokkan harinya. 

Di SUK Kota Iskandar dengan bayaran sijil 10 hengget. Ambil sijil di tingkat 2, Kak Ai happy dah. tak tengok apa-apa dah. Nampak alamat developer jer dah. En suami tegur "Sayang, ni bukan Eco Inara" Kak Ai ambil sijil masuk semula, "Ni bukan tempat yang kami minta, betul ke ni?" Pegawai dekat kaunter kata, "Betul". Kak Ai, OK je la... Mana nak dapat 2 tingkat RM 150,000. Mana nak dapat dekat kawasan skudai. dekat daerah Johor Bahru. Mana ada dah...Mana ada dah...Mana ada dah...

Kami teruskan ke Pejabat Developer untuk tengok floor plan dan tahu proses seterusnya. Booking RM 500.00 dan akan dikembalikan sekiranya loan tak lepas. Yang penting Simpan Resit.  Relate kan dengan No 4.

Tengok sijil tadi dah terkejut sebab dekat kawasan taman pulai-pulai...kali ni terkejut sebab end lot. seriously, Ai ulang " End Lot"? "betul End Lot" "End Lot" Eiii..pekak ke apa akak ni. =D triple confirmation kottt. 

Selama seminggu kami sediakan semua dokumen yang diperlukan, tu korang boleh cari sendiri kot. Penyata, slip gaji, kwsp, surat pengesahan. Bagi bekerja sendiri borang B, penyata bank, nak kuat bagi la salinan resit2, KWSP kalau ada.

Proses kami dapat loan mengambil masa 2 bulan lebih. Bagi korang yang dah apply RMMJ tu. Pastikan nama korang bersih dekat BNM, kiraan DSR dalam 60%. DSR korang boleh google, cari je la info nya macam mana nak kira. Yang BNM tu pergi la Bukit Timbalan print CCRIS dan CTOS dengan nombor 0, kalau ada nombor selain 0. Settlekan dulu. Selain daripada tu, gaji atau pendapatan bulanan juga peranan utama. sebab banker-banker nak tengok korang nak bayar guna apa dan dari mana. =) 

Lepas je Housing Loan kami approve pada 21 May, dan letter offer dari BSN siap pada 23 May. Kami tanda tangan Offer Letter dan SPA pada 28 May. Alhamdu Lillah... dan hari ni 29 May, Ai bayar booking fee selebihnya RM1,500.00. 

Bayaran yang dikeluarkan  :

Deposit : RM 500.00 - Cash
Lawyer SPA Fee deposit : RM1,000.00 - Cash

Booking : RM 1,500.00 - Cash
Lawyer SPA Fee balance : RM1,300.00 - Cash

Jumlah cash : RM 4,300

Downpayment : RM 13,000.00 (Pengeluaran KWSP) + RM 500.00 (Deposit) + RM 1,500.00 (Booking)

Lawyer Loan Fee :  RM 6,100 (Include Loan)


Bayaran pada lawyer berbeza ikut harga rumah. Macam Kak Ai first house harga rumah pun RM150K so, Lawyer SPA Fee hanya perlu bayar RM 2,300 dan dapat rebat RM 2,000. Manakala untuk mereka yang telah memiliki rumah, tak dapat rebate dan Bayaran adalah RM 4,300.

Pengeluaran KWSP pula ialah 10% + 10%. Nak keluar KWSP ikut nama dari SPA.
  
Nampak macam mudah je kan? tapi ketahui la hati ini dup dap dup dap... tunggu approval dari HQ BSN. Tapi bila dah sign Letter Offer dan SPA hati tu dah tak gundah gulana. Apatah lagi kepala dah boleh berangan, rumah sendiri kan boleh renovate sikit-sikit.

Ahad tu sebenarnya kalau kami ke Office Lawyer SPA lebih dekat tapi, jangan buat macam tu. Better sign Letter Offer dulu jadi pembeli bijak. sebab korang kena tengok depan mata, berapa pinjaman, berapa jumlah bayaran bulanan, berapa tahun, berapa interest. Betul tak offer letter tu untuk korang. Then, dah sign Letter Offer. Proceed Sign SPA. SPA ni takde apa yang korang nak kena faham. Ini untuk legal kan pembelian dan paling penting pengeluaran KWSP untuk deposit rumah.

Bila dah sign Letter Offer, bank akan teruskan dengan Lawyer Loan. Minggu seterusnya 17 Mei kami menuju ke IKSA Taman molek, panel lawyer loan BSN. So, masa ni la faham fungsi lawyer loan.

Bagi pembeli rumah yang tak hadap macam-macam, korang memang bertuah. Sebenarnya, ramai je pembeli yang tup tup terus dapat loan. tapi ketahui la, kalau orang lain yang kena macam Kak Ai, korang tak tahu. sebab diorang bukan blogger. =D

Since, i have wrote everything for my concern to all reader. All the best. Apply la RMMJ terutamanya, doa kak Ai juga untuk kawan-kawan yang memohon rumah Selangorku. Walaupun ekonomi dunia macam mana yang anda lihat sekarang. yang pasti harga rumah di Malaysia tidak akan sama sekali turun. 20k atau 30k mungkin, asbab nak turun 50% atau lebih tinggi sangat - sangat mustahil. Jangan gopoh, info dan cerita Kak Ai beri sangat sedikit, teruskan mencari dan bertanya. 



Credit : -

Kak Ai nak bagi kredit pada Sales person yang melayan dan submit itu ini untuk kak Ai, she helps me a lot. Kak nak ni, kak boleh tak ni, kak kalau saya cuba. Thank you so Much!

Credit ini juga pada Banker yang sangat-sangat membantu "Ini dah kerja saya", kata beliau. "Aida boleh bagi saya dokumen ini, itu" "boleh emailkan itu ini" yes! thank you so much!

Credit yang terakhir adalah untuk yang membaca surat rayuan kami. Terima kasih Tuan atau Puan. Masa on the way menuju ke pejabat Developer, kak Ai cakap dekat suami, orang yang letak nama kita kat Taman ni mesti baca surat rayuan kita dengan hati.

***Bersambung, untuk post seterusnya berhati-hati Dengan Agen Rumah