Cakra Restaurant

Sedap betul. 

=) makanan india memang pilihan setahun sekali untuk dicuba oleh kami. Sebelum ini kami dah cuba Agnees, Tampoi Indah dan 7 Spices, Danga Bay.

Tapi kali ini memang ada kelainan.  

Bertempat di Jalan Yusof Taha, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia atau boleh je korang google Cakra Restaurant Johor Bahru. 

Ni first time kami, definitely we will visit again. 

Bangunan Cakra Restaurant ni adalah sebuah rumah. so...ada bilik yang menempatkan kerusi dan meja makan. Masa kami datang bahagian luar masih belum ada meja dan kerusi. Jadinya kami masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin. Class tau. =) 

Sedang mencari cari tempat untuk kami duduk. Chef turun dari tangga dan memberi salam. "Assalamu'alaikum" . This time i just shock. Dengan nada yang agak terkejut aida jawab walaikummusalam. Chef tu terus kata " you can sit anywhere, here, there or outside" sambil menunjukkan bilik yang ada meja panjang. 

kami berdua je pun, sesuai la meja untuk berdua. 

nak cuba banyak makanan. tapi... kena beringat jugak sebab takut tak habis. waiter sangat membantu dalam menjelaskan kategori makanan. Aida minta Lamb Kabab, nak rasa indian style kebab dan suami minta chicken chilli tikka. kami Gu kan dengan Cakra nan. Waiter suggest lauk berkuah. Pada Aida dengan kabab dan nan dah cukup. but the waiter insist us to get something gravy. Jadinya kami pilih Sotong masak apa tak tau la. Sedap... seriously sedap. 

Masa penyediaan memang mengambil masa, tengok pun puas hati. Nak santai-santai, dating husband and wife atau berbual panjang, korang boleh cuba try Cakra Restaurant.   





Lamb kebab aida, tak terlalu banyak rempah, dicampur dengan kelapa, bawang dan ada dedaun. tak tahu daun apa. kemudian dibakar. 

Chicken chilli tikka Super spicy. not suitable for Children . bagi aida orang johor memang sedap!!! pedas dan rasa-rasa manis. 

Cakra nan lembut. 

Sebenarnya untuk suami masa order kami minta double cheese nan, tapi yang sampai sama je dua-dua. Pertama kali kan, mungkin lepas ni kami perlu minta waiter lebih jelas masa ambil order. 

Tempahan memang digalakkan untuk mengelakkan berlanggar meja dengan pelanggan yang lain. (pengalaman kali kedua di Projek Maging, Bandar Baru Uda) =) 

Ok sampai sini sahaja untuk hari ini... 



Comments

Popular posts from this blog

Kilang Bateri, Johor Bahru

Projek Maging, Johor Bahru

Bigfood, Jalan Kolam Air, JB