Bigfood, Jalan Kolam Air, JB

Assalamu'alaikum... salam march 2016,

☺ Makin rajin update blog kan? Kan? Kan? Sebab ada input... kalau takde input...duk senyap je la. Balik-balik Ai baca blog sendiri. ๐Ÿ˜ƒhehehe... 

Sabtu, Ai dan suami berkesempatan try kedai yang tak berapa nak baru ni. Saje try, kot la sedap. Bigfood ada dalam list Ai dan juga suami sebagai restaurant mesti cuba. 

Puhhhhhhh.....kerajinan kami menunggu memang berbaloi. Ai bekerja pada sabtu tersebut, en suami akan hantar dan ambil. Lepas pukul 1.00ptg, sampai la en suami depan pintu pejabat. 

Jom makan besar. ๐Ÿ˜€ kami memang tiba awal sangat. Kami sanggup menunggu kerana makanan kat JB penuh dengan kejutan.  Ada kedai yang orang kata sedap, tapi pada dapatan kami ia biasa-biasa sahaja. Penantian berbaloi sehingga shutter terakhir di buka pada pukul 3.00ptg. 

Ok....jom langkah kanan.

Melihat menu kami tak terkejut pun sbb mirip Williams, KL. Ok...tak pe...terus kan dengan memahami setiap isi menu. Alhamdu Lillah... dapat dah nak makan apa. 

Bahagian bawah Bigfood

Sign board Bigfood
Bahagian Bawah Bigfood
Senarai menu ***tertakluk kepada harga semasa - picture taken on march 2016
Supreme Grill
Olive Garlic Ketam
 Sebelum kami memilih untuk mencuba, kami buat research dahulu. ๐Ÿ˜… penting untuk elakkan kami tak salah pilih makanan. Walaupun orang lain kata sedap, belum tantu pada kami sedap dan berbaloi dengan harga.

Ai dan suami memang nk kedondong juice, tapi takde. So, kami minum ice lemonade dan air asam boi.
Supreme grill cadangan Ai untuk makan 4 orang beserta dengan mushroom sup. Kalau korang nak cuba menu lain pun boleh. kuantiti sesuai dengan harga.

Sepemerhatian Ai, walaupun Bigfood menerima banyak kritikan negatif. Kunjungan pelanggan masih ada. Kalau nak success, waiter perlu di tambah baik. Senyum, ringan mulut menyapa. Jangan malu, Ai pun sebahagian dari bahagian perkhidmatan. Pelanggan tak kan hentam kalau kamu ada attitude yang baik. Ai dan suami dapat order 15 minit selepas kami order.
Kedudukan  dapur di tingkat atas juga memainkan peranan penting kepada waiter. Penat weyh...turun naik tangga. I know how it feels. Walaubagaimana pun, selera dan citarasa chef kena dengan tekak kami. Thanks bigfood...now u will be our Williams, JB.


Untuk 1st time datang Ai bagi ⭐ ⭐ ⭐ ⭐  . 4 star.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Bateri, Johor Bahru

Projek Maging, Johor Bahru