13 March 2016

Johor T-Shirt

Mana nak dapat? Okey... jom online. Search www.sarcasteek.com , Ai beli secara online. Sebab lebih suka kan cara yang mudah untuk membeli. Ai dah biasa beli online, so untuk go pada lebih details Ai akan cari webpage dan review para pembeli. 
Setiap pembelian perlu ada langkah berjaga-jaga. 
Ok...passed review. Webpage stabil dan ada jual barang yang berkaitan. Dan untuk pengetahuan korang, baju ni di promote oleh Saiful Nang FB dengan gambar Tunku Aminah. Tak perlu banyak sangat soal jawab. 

Proceed. 

Ai memang mencari baju johor yang sesuai dengan citarasa yang cerewet ni kan. 

Yang ni, memang pilihan. Bendera johor, kain cotton, ejaan jawi berbaris dan ia sesuai di pandang. 

Ai update post ni pun sebab ramai memandang en suami bila dia berjalan semalam. ✌ 

 Harga pasaran boleh semak di webpage.

Masa beli simpan slip pembayaran, email bukti penghantaran dan consignment slip untuk mengelakkan kesilapan semasa pembelian. 






Akhirnya ayah dapat pakai baju JOHOR semasa ke Stadium menyaksikan JDT lwn LAO TOYOTA.  Yea! JDT dapat 3 gol. Alhamdu Lillah.... Paling menyeronokkan bila ayah tulis nama kat tshirt tag, supaya tak tertukar dengan Adik. Pesan ayah pada mak "yang ada tanda ni, jangan salah almari" =) 






12 March 2016

Bigfood, Jalan Kolam Air, JB

Assalamu'alaikum... salam march 2016,

☺ Makin rajin update blog kan? Kan? Kan? Sebab ada input... kalau takde input...duk senyap je la. Balik-balik Ai baca blog sendiri. ๐Ÿ˜ƒhehehe... 

Sabtu, Ai dan suami berkesempatan try kedai yang tak berapa nak baru ni. Saje try, kot la sedap. Bigfood ada dalam list Ai dan juga suami sebagai restaurant mesti cuba. 

Puhhhhhhh.....kerajinan kami menunggu memang berbaloi. Ai bekerja pada sabtu tersebut, en suami akan hantar dan ambil. Lepas pukul 1.00ptg, sampai la en suami depan pintu pejabat. 

Jom makan besar. ๐Ÿ˜€ kami memang tiba awal sangat. Kami sanggup menunggu kerana makanan kat JB penuh dengan kejutan.  Ada kedai yang orang kata sedap, tapi pada dapatan kami ia biasa-biasa sahaja. Penantian berbaloi sehingga shutter terakhir di buka pada pukul 3.00ptg. 

Ok....jom langkah kanan.

Melihat menu kami tak terkejut pun sbb mirip Williams, KL. Ok...tak pe...terus kan dengan memahami setiap isi menu. Alhamdu Lillah... dapat dah nak makan apa. 

Bahagian bawah Bigfood

Sign board Bigfood
Bahagian Bawah Bigfood
Senarai menu ***tertakluk kepada harga semasa - picture taken on march 2016
Supreme Grill
Olive Garlic Ketam
 Sebelum kami memilih untuk mencuba, kami buat research dahulu. ๐Ÿ˜… penting untuk elakkan kami tak salah pilih makanan. Walaupun orang lain kata sedap, belum tantu pada kami sedap dan berbaloi dengan harga.

Ai dan suami memang nk kedondong juice, tapi takde. So, kami minum ice lemonade dan air asam boi.
Supreme grill cadangan Ai untuk makan 4 orang beserta dengan mushroom sup. Kalau korang nak cuba menu lain pun boleh. kuantiti sesuai dengan harga.

Sepemerhatian Ai, walaupun Bigfood menerima banyak kritikan negatif. Kunjungan pelanggan masih ada. Kalau nak success, waiter perlu di tambah baik. Senyum, ringan mulut menyapa. Jangan malu, Ai pun sebahagian dari bahagian perkhidmatan. Pelanggan tak kan hentam kalau kamu ada attitude yang baik. Ai dan suami dapat order 15 minit selepas kami order.
Kedudukan  dapur di tingkat atas juga memainkan peranan penting kepada waiter. Penat weyh...turun naik tangga. I know how it feels. Walaubagaimana pun, selera dan citarasa chef kena dengan tekak kami. Thanks bigfood...now u will be our Williams, JB.