Kilang Bateri, Johor Bahru


Assalammu’alaikum dan salam muafakat...

=D Alhamdu Lillah...hujan melimpahi bumi setelah beberapa bulan kita menempuh jerebu dari Indonesia. 
Ma Kasih ya Indonesia... Sekarang langit yang biru dan cerah, udara bersih dan segar. 

Ok...nak cerita apa kali ini. “Bosan la duk umah” jom jalan... Perancangan nak ke 
Nusajaya. 
Tapi, disebabkan mulut gatal cakap kat En suami... “Jom Masuk Kilang Bateri” kebetulan kereta 
di lane pintu masuk ke arah Kilang bateri, 
makanya...kami pun terus masuk dan mencari tempat letak kereta. 

Kilang Bateri mula beroperasi dalam tahun 2015. Kilang bateri adalah dari kilang 
EVEREADY yang telah diubah menjadi sebuah tempat komersial. 

Apa ada dalam Kilang Bateri. Ai mengklasifikasikan kepada 3 Kawasan Besar di dalam kilang bateri. 
Pertama Kawasan Perniagaan Makanan. 
Kedua Kawasan Perniagaan Pakaian dan Pelbagai.
Ketiga Kawasan Beriadah. 

Kilang Bateri juga mempunyai bahagian kosong untuk aktiviti-aktiviti perasmian atau ruang pameran. Dah nama pun kilang, harus la besar. =)

Biasa la kan...Ai dan En Suami punya interest pada bahagian makanan. =D 

 Maaf sebab banyak lobang putih sebab nak tutup muka penggunjung di sini. Hormati hak mereka yang datang makan disini. Sorry Korang.





Kami berdua mencuba grillust dan steak and cheese sandwich. Selain daripada itu, korang boleh try somtam dan pulut mangga. 

grillust macam coney beef A&W. mana lebih sedap? Ai pilih A&W sebab roti. L.A.B Sandwish kurang kemantapan dari segi roti. flavor pada minced meet kurang. ops...sorry sebab komen.  

steak & cheese macam Subway steak & cheese. mana lebih sedap? Subway. sebab L.A.B Sandwich roti kurang ranggup dan en suami kata sedikit manis. =) 

itu yang susahnya jual makanan. everything is science. Fries oily sebab minyak belum panas dah masukkan fries. =D fries belum defrost dah masak. =D mungkin ada beberapa kelengkapan lain yang perlu disediakan untuk memudahkan dan mempercepatkan masa masak dan hidang. Kami menunggu hampir 30minit untuk kedua-dua hidangan. 

Disebabkan 30 minit menunggu... Kami sempat membeli somtam dan pulut mangga. kredit pada somtam dan pulut mangga. delicious! En Suami kata semua dah prep awal-awal. cuma perlu sediakan bila pelanggan minta. 

SMALTA!  untuk yang datang hang out dan tak nak makan heavy boleh try ice cream booth. SMALTA. ramai yang membeli tapi Ai tak de mood nak makan ice cream...hujan kan. sejuk.
but nice to try.
Banyak lagi yang kami akan cuba selepas ini. Kilang Bateri adalah hot area. so, mungkin lagi beberapa bulan lamanya lagi baru kami sampai lagi di sini. 

Idea dan rekaan Kilang Bateri memberi kami berdua berfikir yang pemiliknya telah merantau keluar negara untuk menjadikan sebuah pusat komersial yang berbeza dari termpat lain.  

Bagi yang berminat untuk jalan-jalan di Johor Bahru, boleh singgah di Kilang Bateri. Selamat Mencuba. =D 



Comments

Popular posts from this blog

Bigfood, Jalan Kolam Air, JB

Projek Maging, Johor Bahru