14 December 2015

Kilang Bateri, Johor Bahru


Assalammu’alaikum dan salam muafakat...

=D Alhamdu Lillah...hujan melimpahi bumi setelah beberapa bulan kita menempuh jerebu dari Indonesia. 

Ma Kasih ya Indonesia... Sekarang langit yang biru dan cerah, udara bersih dan segar. 

Ok...nak cerita apa kali ini. “Bosan la duk umah” jom jalan... Perancangan nak ke 
Nusajaya. 
Tapi, disebabkan mulut gatal cakap kat En suami... “Jom Masuk Kilang Bateri” kebetulan kereta 
di lane pintu masuk ke arah Kilang bateri, 
makanya...kami pun terus masuk dan mencari tempat letak kereta. 

Kilang Bateri mula beroperasi dalam tahun 2015. Kilang bateri adalah dari kilang 
EVEREADY yang telah diubah menjadi sebuah tempat komersial. 

Apa ada dalam Kilang Bateri. Ai mengklasifikasikan kepada 3 Kawasan Besar di dalam kilang bateri. 
Pertama Kawasan Perniagaan Makanan. 
Kedua Kawasan Perniagaan Pakaian dan Pelbagai.
Ketiga Kawasan Beriadah. 

Kilang Bateri juga mempunyai bahagian kosong untuk aktiviti-aktiviti perasmian atau ruang pameran. Dah nama pun kilang, harus la besar. =)

Biasa la kan...kegemaran Ai dan En Suami pada bahagian makanan. =D 

 Maaf sebab banyak lobang putih sebab nak tutup muka penggunjung di sini. Hormati hak mereka yang datang makan disini. Sorry Korang.





Kami berdua mencuba grillust dan steak and cheese sandwich. Selain daripada itu, korang boleh try somtam dan pulut mangga. 

grillust macam coney beef A&W. mana lebih sedap? Ai pilih A&W sebab roti. L.A.B Sandwish kurang kemantapan dari segi roti. flavor pada minced meet kurang. ops...sorry sebab komen.  

steak & cheese macam Subway steak & cheese. mana lebih sedap? Subway. sebab L.A.B Sandwich roti kurang ranggup dan en suami kata sedikit manis. =) 

itu yang susahnya jual makanan. everything is science. Fries oily sebab minyak belum panas dah masukkan fries. =D fries belum defrost dah masak. =D mungkin ada beberapa kelengkapan lain yang perlu disediakan untuk memudahkan dan mempercepatkan masa masak dan hidang. Kami menunggu hampir 30minit untuk kedua-dua hidangan. 

Disebabkan 30 minit menunggu... Kami sempat membeli somtam dan pulut mangga. kredit pada somtam dan pulut mangga. delicious! En Suami kata semua dah prep awal-awal. cuma perlu sediakan bila pelanggan minta. 

SMALTA!  untuk yang datang hang out dan tak nak makan heavy boleh try ice cream booth. SMALTA. ramai yang membeli tapi Ai tak de mood nak makan ice cream...hujan kan. sejuk.
but nice to try.
Banyak lagi yang kami akan cuba selepas ini. Kilang Bateri adalah hot area. so, mungkin lagi beberapa bulan lamanya lagi baru kami sampai lagi di sini. 

Idea dan rekaan Kilang Bateri memberi kami berdua berfikir yang pemiliknya telah merantau keluar negara untuk menjadikan sebuah pusat komersial yang berbeza dari termpat lain.  

Bagi yang berminat untuk jalan-jalan di Johor Bahru, boleh singgah di Kilang Bateri. Selamat Mencuba. =D 



10 December 2015

Pulau Langkawi


Assalamu'alaikum...

Lama dah tak ber kongsi cerita dengan pembaca yang suka untuk mencari maklumat di hujung jari. So, hari ni Ai nak berkongsi serba sedikit pengalaman dan berkongsi untuk melawati Pulau Langkawi yang kebanyakkan nya mak cik – mak cik suka datang bershopping. =) Ai pun salah seorang dari nya la.

Persediaan untuk pergi ke Pulau Langkawi memang dah dibuat seawal bulan jun 2015. Budget dan segala maklumat mula di cari berdasarkan perkongsian rakan – rakan blogger dan website. Ai kan very accurate person. Everything needs to be precise, terutama yang melibatkan perjalanan jauh.

Bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah - 3 Disember 2015 hingga 7 Disember 2015

Hari Pertama (3 / 12 / 2015)

Kami bertolak seawal 3.30 pagi ke Kuala Perlis. Untuk ke Pulau Langkawi korang boleh melalui Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Ai dan family memilih untuk naik feri dari Kuala Perlis sebab kami nak ke Padang Besar. Perjalanan tiba di Hentian Tanjung Malim, Perak ialah pukul 10.00 pagi. Husband drive biasa dengan kelajuan 110km/j. Hentian yang perlu korang cuba ialah RnR Sg Perak. Sebab ada ikan Patin masak tempoyak. “Sedap!” Kata en Suami. Hehe! Ai bukan makan tempoyak. Memang tak boleh jumpa dekat Johor. Sepemerhatian Ai dan Suami terdapat perbezaan rasa di RnR Selatan arah Utara dan RnR Utara arah Selatan. RnR ke utara lebih sedap. Jadi berhenti la dan cuba rasai makanan mereka.

Perjalanan diteruskan ke Kuala Perlis. Menggunakan GPS dan petunjuk jalan. Akhirnya kami tiba di Kuala Perlis. =) Disebabkan dari Johor, Rehat la di mana-mana hotel atau homestay berdekatan dengan Arau atau Kuala Perlis. Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Check In Hotel!

Kemudian kami ke Jeti Kuala Perlis untuk membeli tiket (Harga tiket RM18/person) ke Pulau Langkawi. Kaunter tiket tutup pada pukul 7.00 petang. 

Perancangan ke Padang Besar adalah pada hari terakhir. Tapi di sebabkan ada masa yang boleh digunakan, maka kami ke Padang Besar, Perlis pada hari tersebut. Dari Kuala Perlis ke Padang Besar mengambil masa 45 minit lebih kurang. Barang yang boleh dibeli Comforter dan toto serta makanan kudapan. 


Bermalam di Kuala Perlis selepas pulang dari Padang Besar.

 
Hari Kedua (4 / 12 / 2015)

Hotel menyediakan pakej bilik bersama sarapan pagi. =) make it easier. Kami bersarapan di hotel untuk melancarkan perjalanan. =)


1 jam sebelum masa yang tertera pada tiket kami telah berada di Boarding Area. Bukan sahaja dapat memudahkan diri sendiri tapi orang lain juga. 

Kami menaiki feri pada pukul 9.30 pagi. =) Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke jeti Kuah, Pulau Langkawi.




10.30 pagi kami keluar dari Arrival Area. =) Ai mula menghubungi kak Liza.
Ai menggunakan perkhidmatan Eylizar Pakej Homestay + Avanza (3H2M) sepanjang di Pulau Langkawi. Tempahan Ai buat pada Ogos 2015 (Booking Fee : RM200 – not returnable) 

Ai diminta untuk ke kaunter berdekatan KFC Jeti Kuah untuk mengambil Avanza dan membuat bayaran penuh pakej berserta tambahan RM100 (Returnable) untuk deposit sekiranya terdapat kerosakkan pada kenderaan atau pulangkan kenderaan lewat. Pihak kaunter akan beri Peta. Boleh tengok-tengok tempat menarik di situ.

Pukul 11.00 Pagi , kami memulakan perjalan HIG Kompleks (Haji Ismail Group). Shopping coklat dan pinggan mangkuk yang memang tarikan di Pulau Langkawi. Oleh kerana bangunan HIG Group dan sekitarnya mempunyai kemudahan yang diperlukan. Maka, boleh makan tengah hari di situ.

Kami seterusnya menuju ke masjid berdekatan untuk Solat Jumaat.. Kami berhenti di Masjid Al-Hana.

Usai solat Jumaat kami menuju ke Underwater world Langkawi, Pantai Cenang (Website : http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/ ) (GPS Search : Underwater World Langkawi) Lebih kurang 2 jam kami melihat haiwan lautan. Jumpa haiwan yang telah hidup berbillion tahun sebelum zaman dinosour. Andai, ia manusia mesti banyak cerita yang boleh di kongsikan. =) Ciptaan Allah yang Maha Agung.



Masa masih berbaki beberapa jam sebelum gelap. Ai dan suami sepakat untuk ke Telaga Harbour. Konon nak cari The Loaf. Hampeh, terlupa yang restaurant tu dah tiada. So, memang kena pergi Pavillion, KL untuk dapat rasa 12 cupcakes yang sedap.

Sorry, lari sikit dari cerita.

Call Kak Liza untuk tanya Homestay dah boleh check in atau belum. Alhamdu Lillah... dah boleh check in, Homestay Taman Intan. (GPS Search : Taman Intan) Website : http://eylizar.blogspot.my/



Dari Telaga Harbour, GPS mengarah kan kami melalui Jalan Air Hangat. Jam Menunjukkan Pukul 5 petang. Memandangkan Pintu masuk Air Hangat Village sebelah jalan yang kami lalui, Drop by sekejap la kan. Tiket berharga RM5/person.





Baca sejarah  Air Hangat dan pergi la celup kaki di bahagian belakang kawasan tersebut. Air Hangat Langkawi adalah Air Masin panas yang sesuai untuk tujuan perubatan. Kg Air Hangat tutup pada pukul 7.00 petang.

Ok Ai check in homestay petang disebabkan Kak Liza sangat kelam kabut disebabkan penyewa kebanyakkan keluar lambat pada hari tersebut. Dia pun tak berani nak bagi alamat homestay sebab tak nak kami terjah. Haha!

Alhamdu Lillah... dapat homestay berdekatan Idaman Suri (GPS search : Idaman Suri) . Mak Ai kecewa sebab Idaman Suri pinggan mangkuk lebih berlekuk – lekuk. Takpa la In Shaa Allah akan ke sana lagi.

Kami singgah di Idaman Suri (Waktu tutup : 8 Malam). Ai dapat beli non stick Pan RM25. Kalau kat JB RM60 keatas.
  


Kami dinner berdekatan dengan HIG Kompleks sebab kat situ yang mudah dan rasa memuaskan hati.
Seterusnya kami menuju ke Dataran Lang Langkawi. Kalau 1st time ke Langkawi lawati la Dataran Helang untuk ambil gambar sebagai kenangan. 




Penat dah untuk hari pertama di Pulau Langkawi, Kedah. Get enough rest to go Panorama Cable Car Tomorrow.




Hari Ketiga (5 / 12 / 2015)



Panorama Langkawi, Cable Car (Website : http://www.panoramalangkawi.com/ ) buka pada pukul 9.30pagi. Datang la seawal yang boleh untuk elakkan pertembungan dengan kumpulan-kumpulan besar yang akan menyebakan korang kena tunggu lama. Pada musim cuti sekolah umunya memang ramai orang pandai-pandai la merancang ye. Ai after beli tiket dengan harga dicount RM20/person terus queue untuk masuk ke Sky Dome. Seterusnya menaiki Gondola. Gondola kami naik sekeluarga 5 orang.




Perasaan menaiki Gondola memang momen yang menggayatkan. Lebih dahsyat dari naik roller coaster sebab tak kan nak jerit kan. Haha! Apa-apa pun, pada waktu tu kita lihat Allah Maha Besar dengan menciptakan gunung ganang, lautan , pantai, denai dan kesemua keindahan alam. Cantiknya!




Setiba di atas hentian, terdapat maklumat-maklumat yang di tulis untuk dibaca. Baca la dan ambil tahu sebagai pengetahuan Am.


Dari atas puncak hentian Cable Car kita dapat memerhatikan bahagian South, North, East dan West.   Dari situ juga kita dapat melihat puncak Gunung Mat Chincang yang merupakan Gunung Batuan.
Lautan yang Luas. Bumi yang menghijau.


Pesanan Ai untuk mereka yang akan ke sini, tolong jaga alam sekitar. Tolong jangan malas untuk simpan sampah sehingga nampak tong sampah. Tolong didik anak-anak untuk menjaga alam sekitar. Jangan disebabkan kebodohan dan kemalasan kita, anak – anak menjadi buta kesedaran sivil. Perlu ada papan tanda mendenda bagi kesalahan membuang sampah merata-rata. Lebih baik tiada sebarang jualan makanan ringan di hentian pertama Cable Car. Itu adalah langkah yang lebih baik. Dan mungkin sediakan water dispenser sahaja sudah memadai. Ai lepas geram sebab Ai nampak dengan mata kepala Ai, tong sampah 20 langkah ke kiri. Budak ni boleh campak tin air bawah tangga. Ai angkat tangan tunjuk tong sampah dengan muka kurang ajar masukkan keropok dalam mulut, itu pun jatuh-jatuh keropoknya.

Sorry, lari tajuk lagi. =D

Perjalanan turun lebih relaks berbanding naik ke atas puncak. Alhamdu Lillah... naik lagi lepas ni.In Shaa Allah.

Seterusnya, kami ke Telaga Tujuh. Part ni Ayah dengan Adik Ai je yang memanjat. Ai teman Mak dan Suami berehat-rehat sambil minum Air Kelapa RM5 hengget. Ingat Ai tak tau ke korang cekik duit Ai. Sebiji kelapa RM5 hengget. Macam mana nak tau. Sebab tak de tanda harga. Lepas tu nak cakap harga korang duk kerling kiri kanan, last skali anak yang educated jawab 5hengget. Memang la kan...



Ni gambar Telaga Tujuh dari dalam Gondola.


Perjalanan diteruskan ke Padang Mat Sirat. Ini kalau follow GPS korang memang sesat. GPS set kan kepada Beras Terbakar. Rata – rata yang pergi hanya untuk ambil gambar. Selain beras terbakar, sebenarnya disini juga terdapat jualan pakaian, minyak gamat dan kain batik serta kain pelikat.
2 Jam dihabiskan disini. Ai dapat seluar, blouse dan baju. =) harga minta kurang ye. =) RM25/pc . Kalau sampai JB mesti RM 60.



Cuaca panas, kami teruskan ke Pekan Kuah. Singgah di Pekan Rabu, Kuah. Kebetulan pada masa kami datang ada jualan borong. Selipar RM 12/pc. Wallet RM10/pc. Ayah Ai beli seluar kain pelikat RM 35/pc.

Maka tamat la perjalanan kami di Pulau Langkawi. Ai beli tiket feri sehari sebelum balik.

Hari Keempat (6 / 12 / 2015)

Inform kak liza yang Ai dan keluarga keluar awal pukul 7.00 pagi (Eylizar Homestay check in 2.00 petang , check out 12.00 tengahari) . Breakfast di barisan warung sebelah Idaman Suri.

Menuju ke Jeti Kuah, Pulangkan kenderaan pada pukul 8.00 pagi (Kenderaan ikut jam : Ai pick up 11.00 pagi kemarin) Sewa untuk 48 Jam untuk mudahkan pengiraan. Dapat semula RM100.


Kami menaiki feri yang bertolak ke Kuala Perlis 9.30 pagi. Sebab tu Ai beli tiket awal sehari supaya kami tidak menyusahkan diri sendiri untuk berlari kejar feri yang sedang menunggu.  

Kami tiba agak lewat di Jeti Kuala Kangsar di sebabkan ada penumpang yang masih ketinggalan di belakang. Kelajuan Feri juga agak perlahan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Jeti Kuala Kangsar pada pukul 12.00 tengahari. 

Setelah menyusun semua barang-barang yang kami angkut balik dari Langkawi. Kami teruskan perjalanan pulang ke arah selatan. Kali ini en suami bercadang untuk masuk ke jambatan kedua Pulau Pinang yang merupakan Jambatan Terpanjang di Asia. Kami menghabiskan 2 Jam melalui jambatan tersebut ulang alik. Jauh kan? kan... 




Nota Pemandu :

Lebuhraya Highway Plus Perak amat megecewakan diantara pukul 5 petang sehingga 8 malam. Dari Changkat ke Slim River. Totally worse traffic. Pemandu yang perlahan berada di lorong kanan. Kerosakkan kenderaan menjadi punca utama pemandu ingin melihat atau menonton, kereta apa? Bawa apa? Berapa Orang? Kang kalau cakap kecik hati. Kami orang Johor pun 2 lane jugak dari ayer keruh sehingga tol skudai. Tapi kami faham konsep. Kenderaan perlahan di sebelah kiri. Kenderaan kiri tak boleh beriringan dengan kenderaan kanan. Kenderaan kanan untuk yang laju. Beri laluan dan jangan pentingkan diri sendiri.  Tak perlu ambil tahu kenderaan rosak di sisi jalan. Telefon bantuan Plus. Biar mereka buat kerja. Kita sebagai pengguna, jangan susah kan pemandu lain. 

Tiba di Shah Alam pukul 12.00 tengah malam.

**Percutian dari Johor Bahru, sebaiknya bermalam di Selangor atau Kuala Lumpur untuk berehat.
 



Hari Kelima (7 / 12 / 2015)


Kenapa bermalam kat Shah Alam. Sebab Ai nak pergi IKEA Damansara. Hehe!

Alhamdu Lillah... sampai juga akhirnya. Kot lepas ni IKEA kat Johor buka tak dapat nak rasa pegi IKEA Damansara. 




Perjalanan pulang diteruskan pulang ke Skudai, Johor.

Nota kaki :



Perancangan sangat penting. Baca dan google map setiap tempat yang kita nak pergi. Crop supaya kita boleh estimate masa perjalanan. Ai ada tulis tentative tapi sayangnya Ai tertinggal di Kereta Sewa bersama-sama peta. Walaupun peta langkawi yang diberi lebih kepada iklan-iklan, in shaa Allah membantu. 
Cuba mengenal dan memahami sejarah. Sebab tu kita perlu ke negeri orang bukan sahaja untuk bercuti tetapi mendalami penciptaan sesebuah negeri.

Semoga negeri Johor akan mempunyai tempat-tempat menarik yang terjaga dan boleh dilawati.
Ini adalah kali ketiga Ai melawati Pulau Langkawi. Kali ini adalah lebih baik dari yang sebelum nya. Disebabkan kemudahan medan selera yang semakin banyak. Kemudahan tempat penginapan dan pengangkutan yang semakin banyak. Kredit pada Pn. Liza, Eylizar Homestay kerana boleh berbincang dalam memenuhi masa kami di Pulau Langkai  



Terima Kasih kepada semua yang sudi membaca.