12 November 2014

Blaus Putih Pengantin

Assalammu`alaikum....

Memandangkan sekarang...ye sekarang... upahnya sangat mahal... Ai pun berfikir untuk mengurangkan kos yang boleh. 
Ye...korang hanya diraikan begini hanya sekali seumur hidup. Tapi pada Ai yang seumur hidup sekali tu la yang kita boleh jimat, sejimat yang mungkin. Kedekut ke Ai? hehe... tak... hanya sekadar memenuhi yang perlu. 

Dalam proses pemilihan warna tema. Ai pilih putih dan krim. Warna mungkin nampak lama...oh! ketinggalan zaman. namun nampak tau tak kat situ dah banyak boleh kurang kan kos sebab warna putih dan krim adalah warna kebiasaan. Jadi barang biasa-biasa boleh dapat. 




Ai beli baju ni dengan haraga biasa dipasaran. hhehe... nampak tak kosong? kosong kan kawasan badan jubah ni. Sebagai seorang wanita...please la...please...jangan cakap korang tak pandai jahit baju. sebab wanita dilahirkan dengan kelebihan pandai masak, kemas rumah, menjahit. kenapa Ai cakap macam tu paling senang dan cincai adalah jahit manik. bukan suruh korang buat tikam belut, jahit mata lalat, sembat, jelujur dsb.

masa pun memainkan peranan jugak. tapi untuk perkahwinan sendiri apa salah nya kan? 

pertama sekali kena la cari kedai yang jual bahan-bahan menjahit. Ouh dekat kawasan Ai, ada kedai namanya Kims Button, Pergh masuk situ berjam-jam boleh lepak...teruja...kepoh...tanye mana satu barang baru sampai. Nak bayar pun masih tanye2, sampai bakal suami masuk kedai semula. pelik sebab tak keluar-keluar lepas bayar. hehe...

maka beli la manik yang macam pearl warna putih dan krim. lepastu manik-manik yang putih kecik-kecik. 


Yang berkerawang tu Ai beli asing. That one expensive. Tapi berbaloi. Tak sampai seratus pun, berkadaran la dengan budget below RM100. Kata nak nampak exclusive kan? kan? tapi cam biasa la exclusive pun... kalau dah putih dengan krim... tak macam biru turquoise dengan pink menyala. huhu.... 

masa nak buh kerawang kat tengah-tengah tu memang payah... sebab tak de model.huhu... tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan... haha! pepandai la kan... korang pikir... hehe... lepas dah agak-agak center kerawang tu... keliling kan la kerawang dengan manik pearl warna putih.. baru nampak macam bukan hasil tampalan...huhu...  

 

Dah selesai buh kerawang tu dan jahit manik pearl sekeliling kerawang. Tak kan buh kat badan je kan? jahit la jugak kat bahagian lengan


hohoho...ni baru siap 30%...banyak lagi yang Ai nak jahit... ngeh...ngeh... =)

Tak pandai jahit kan...kan... So, nie la idea nya untuk elakkan diri blur nak susun manik-manik pearl. 

Lace memang mahal. tapi border lace lagi mahal. So Ai suggest beli kain lace yang bunga jarang-jarang untuk senang gunting. 


Ni bahagian kaki kain lace. ceraikan la mengikut gaya yang korang nak. hehe...



Okey lepas ni... kite main cantum-cantum pulak. hehe...

Sambungan : Sambungan Blaus Putih Pengantin